27 January, 2013

Enam Belas.


Assalamualaikum.
Alhamdulillah.
Aku masih bernafas.
Enam belas tahun.
Angka umurku pada tahun dua ribu tiga belas.

Banyak telahku lalui bersama teman-teman STAD.
Susah.
Senang.
Gembira.
Sedih.
Kecewa.
Semuanya kami lalui bersama.
Walau terdapat beberapa salah faham sepanjang persahabatan kami,
itu tidak memisahkan kami.
Kami buddyz, kami takkan terpisah. (tiba)

Kini.
Tiba masa kami maju kehadapan.
Mengejar cita-cita.
Menjadikan mimpi itu sebuah realiti.
Berhijrah.
Satu perkataan yang amat menyedihkan bagi saya mungkin juga anda.
Maksud hijrah saya disini ialah berhijrah ke sekolah baharu.
Perit.
Sedih.
Kecewa.
Itu yang aku rasa sekarang.
Taknak berhijrah.
Taknak berpisah.
Yang penting, taknak keluar dari STAD tercinta! 

Tetapi...
Itu semua angan-angan yang terbang melayang.
Aku HARUS berhijrah.
Biar perit.
Biar sedih.
Biar kecewa.
Demi cita-cita yang harus digapai.
Demi impian yang harus direalisasikan.
Aku harus mengikutkan sahaja permintaan mamaku itu.
Mahu melihat aku memperoleh ijazah.
Mahu melihat aku menjadi seorang arkitek mahupun engineer yang berjaya.

Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar.
Sekolah baharu.
Suasana baharu.
Teman baharu.
Guru baharu.
Yang paling penting, pengetua baharu.
Muka masam mencuka pada hari pertama?
Tidak.
Senyuman palsu mungkin nampak lebih bagus.
Bagaimana aku akan hidup pada hari pertama disitu tanpa Ras dan Anas?
Terkapai-kapai seorang diri.
Berjalan seorang diri menyesuaikan diri.
Dengan persekitaran sekolah tanpa Ras.
3tahun kami bersama.
Berpisah begitu sahaja.

SPM.
Keutamaanku.
Memperoleh straight A's.
Sekaligus menjadi pelajar cemerlang.
(Maaf motip betul post entry bosan ni)
Bakal TTJ-ians,
Lydiea Aura

25 January, 2013

Kenyataan.


Assalamualaikum.
Post harini gua rasa sedih sikit kot.
Ditemani air mata, gua post entry baru.
Ha ha ha gua tipu jea.
Takde berlinangan air mata.
Geli gua.
Ha ha ha hambar betol.

Gua nak post apa pon gua taktau.
(Harini guna gua kerana pengaruh Anas)
Tadi mak gua cek kelayakan gua masuk teknik.
Mak gua cek dekat Megaway ha ha ha.

Nama gua ada. 
Nama Sari pun ada.
Lepas dapat tahu, gua gembira weh.
Rasa nak lompat depan kedai cina tu.
Lepastu, gua nampak Anas.
Duhh. gua fikir dua tiga kali nak bagitahu kea tak.
Last last gua pergi dekat dia.
Gua cakap, "Weh aku pindah"
Muka Anas nak nanges weh.
Serious talk.
Dia cakap, "K"
Yelah kot, gua lupa.
Ha ha ha.
(Harini suka gelak satu satu)

Balik rumah, gua call Sari.
Cakap dia dapat.
Dia jerit dekat telinga gua.
Boleh rosak gua punya telinga.
Pekak terus.
Jadi budak PK.
Stay STAD.
Ha ha ha lawaknya Lydiea -.-

Gua rasa macam taknak pindah.
Hati gua dalam dilema.
(Ha ha ha ayat gua takleh tahan)
Gua sayang STAD.
Siapa taksayang sekolah weh?
3tahun gua timba ilmu dekat situ.
Dekat situ gua kenal Ras, Anas, Eryn.
Kawan terbaik siot.

Gua kenal Ras time form1.
Dia tegur gua dulu kalau taksilap.
Entah gua dah lupa.
Lepas kejadian tu, kiteorang kawan baik.
Walau dia gemuk, gua sayang dia :*
Walau dia suka cerita yg dia pernah makan ketam berjuta kali, gua sayang dia.
Gua pernah gaduh dengan dia.
Lawak gila time tu.
Gua budak kecik, fikiran pun tak matang.
Gaduh laa.
Gua rasa kehilangan weh time gaduh dengan dia.
Then sampai sekarang gua kawan dengan dia ni.
Rasidnie bt Razin Wong,
Iloveyou :*

Anas.
Lu kenal dia?
Dia ni gengster weh.
Gengster gengster pun dalam hati ada taman woo.
Merengek nak makan mi sup dengan kek batik.
Ha ha ha (Gelak ikhlas tau Anas)
Gua rapat dengan dia time form2 taksilap.
Dulu gua anti dia woo.
Sekarang jadi bestie.
Lawak dohh.
Har har har.
Siti Anasuha bt Rosli,
Iloveyou :*

Eryn.
Ong gedek gedek.
Ha ha ha.
Gua rindu lu ahh gilo!
Gua rindu nak dengar lu nyanyi.
Ha ha ha.
Gua pindah dekat dengan sekolah lu.
Gua duduk asrama, nanti gua fly pergi sekolah lu.
Ha ha ha.
Nanti Isnin hang nak?
Noor Ezrin Erlyna bt (Isi tempat kosong),
Iloveyou :*

Lepasni takdapat gua tengok budak PMR strunggles xD
Takdapat tengok kerangshh gua.
Keragshh, lu jaga diri dekat STAD tu.
Jangan ponteng selalu.
Hari Jumaat pakai baju melayu.
Dengan songkok.
Lu jangan curang.
Gua dapat tahu, gua peluk lu.
Ha ha ha bukan muhrim.
Kalau lu curang, gua tumbuk lu.
Ha ha ha.
Lu muka mesti kerek dengan perempuan lain.
Dengan gua jangan.
Jangan makan banyak sangat.
Nanti padat makin comel.
Nanti gua rindu lu.
Gua nak snap dengan lu.
Gua nak.
Lu buatlah twitter kea.
Boleh gua follow lu he he he.

Lepasni, gua takdapat nak pergi
Kelas 4Durah.
Koperasi.
Makmal Physics.
Makmal Kimia.
Bengkel LK.
KAFETRIA sekolah (Ha ha ha nama dia vouge)
Dewan Besar.
Dewan Terbuka.
Pejabat sekolah.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah :')

Itu saja entry.
Gua nak nanges.
Assalamualaikum :'D

Bakal ex-STADians,
Lydiea Aura.

16 January, 2013

Budak LK 2013


Assalamualaikum.
Akhirnya dapat update blog.
Dari hari Eryn pindah lagi aku nak update tapi takdapat.
Lappy takde, comp lombap, online guna fon.
Harini gua online dekat CC.
Boleh laa gua update kejap.

Eryn.
Kenapa?
Kenapa lu pindah?
Taksayang aku?
Taksayang Anas?
Taksayang Ras?
Taksayang Syira?
Taksayang Fara?
Taksayang Ili?
Taksayang STAD?

Kiteorang semua sayang kau.
Aku nak menanges time kau last day haritu.
Time tu waktu Ustazah Bad.
Kau ketuk pintu nak jumpa aku and Syira and Ayuni.
Kiteorang keluar, kau ajak pergi tandas.
Snap snap semua.
Peluk kau for the last time dalam STAD tuu ;(
Then kau nak jumpa Ras and Anas.
But takde siapa berani jemput dorang sbb semua goyang dengn Ustazah Siti Hajar.
Aku lagilah goyang.
Syira pun.
Ayuni takngam.
Sorry Eryn :(

Aku ingat time last day orentasi kau cakap, 'Nanti kita duduk sesama tau. Kau jangan pindahhhhhh'
Aku risau if aku pindah nanti kau tinggal sesorang.
But now, kau yang pindah dulu.
Ini sedih sangat.
Gua nak menanges tau.

Aku rindu nak dengar kau nyanyi.
Aku rindu nak peluk kau.
Aku rindu nak kiss pipi kau hehehehehehehe.
Aku rindu nak jalan dengan kau.

Aku takpernah merasa belajar satu kelas dengan kau lagi Eryn.
Aku nak jugak belajar sebelah kau.
Aku tinggal sorang.
Eh tau siapa pengganti kau?
Adriana.
Budak baru.
Budak Aspuri taksilap.

Aku jadi bendahari weh.
Payah kot.
Duit sana duit sini.
Banyak sangat duit.
Kalau aku ni jahat, dah lama aku ajak kau shopping dengan aku.
Banyak sangat.
Taklarat aku nak pegang -.-
Hahahahaha.

Eh kita dah start belajar LK.
Lebih kurang mcm KHB.
Ada pandangan hadapan, sisi bagai.
Tapi aku dah lupa semua.

First day class Kimia dengan cikgu Hazri, best sangatttt.
Dia baik gila k.
Tapi apa dia ajar aku takpaham sepatah haram punnn :p
Bak kata cikgu Hazri, 'Siapa takpaham cikgu ajar, maksudnya dia takde wawasan diri'
Huahuahua terasa gua Eryn.

Well.
Jadi budak 4Durah 2013 dekat STAD tanpa kau rasa lain.
Rasa mcm sesorang sangat.
Kau dekat Ampangan sana, jangan lupa kiteorang.
Ada kawan baru, kawan lama kau yang comel comel ni jangan lupa.
Nanti dah jumpa HF, roger gua.
Nanti ada masa, kita hang eh :*

NoorEzrinErlyna.
Aku sayang kau :*

                                                             Kawan kau yang comel, 
Lydiea Aura

04 January, 2013

4 Durah ;)


Assalamualaikum.
Hari ini hari ke-3 sekolah.
Maaf hari pertama tidak update.

Hari ketiga ini sangat awesome, maybe?
Last orentasi.
Awesome classteacher.
Awesome classmates.
Awesome bestfriend.
Awesome class.

Cikgu Khairulaini.
Gurukelas kami.
Relax jea muka hihihi.
Taksuka kami berharap dekat dia.
Semua pasal keceriaan kelas diserahkan pada kami.
Dia nak tahu kelas cantik tak kena kutuk.

18 putera.
20 puteri.
Tak ramai tak sikit.
Sederhana.
Semua molek comel belaka.
Saya sayang awak semua :*

Sufian ketua kelas kami.
Berwibawa mungkin.
Dari muka dia, aku lihat agak baik.
Nerd dan suka senyum dekat aku.
Hihihihi, tinggi tau dia.

Penolong si Eryn kurus hot tu.
Sangat bertangungjawab.
Suka pergi kedai fotostat.
Suka berjalan.
Suara kuat.
Bestfriend saya dalam kelas.
Duduk sebelah saya.
Iloveyou:*

Bendahari disandang oleh Lydiea Aura.
Yang dah tinggi tu.
Ye, saya laa tu.
Kutip duit mulai minggu depan.
Jadi Ah Long.
Tak bayar wa potong.
Purse penuh jadi kaya.
Semua orang nak dekat.

Penolong bendahari amat perlu.
Penolong saya si Azar Syazreen.
Dia tinggi.
Wow.
Harap dia boleh jadi bodyguard gua kutip duit dekat budak kelas.

Tulisan cantik jadi setiausaha.
Itu dia Yasmin.
Nama panjang sudah lupa tapi dia molek sekali.
Pemalu taknak bercakap.
 Sayang Yasmin mwah mwah! :*

4Durah kos LK.
Kami sayang cikgu kami.
Sekian dari saya.
Lydiea Aura.
Pelajar LK 2013.
Walau susah, usaha tangga kejayaan :D