16 September, 2016

Cinta, ini kali sudah yang ke sebelas.

Assalamualaikum

Cinta, 
Harini genap 353 hari kita bersama.
Aku hitung setiap detik kita bersama.
Kerana bagi aku, kau cukup istimewa.

Cinta,
Ketahuilah tiada yang lagi istimewa dari kau di luar sana.
Berilah yang kau rasa paling sempurna,
Tetap kau pilihanku.
Kerana kau yang paling sempurna.

Cinta,
Aku akan terus berusaha untuk berada di sisi kau dan pastikan kau juga milikku.
Aku dah taknak orang lain.
Aku tahu aku tak akan dapat yang sebaik kau.

Cinta,
Ya.
Mungkin kau jarang whatsapp aku.
Mungkin kau jarang call aku.
Tapi,
Ada benda yang semua orang tak nampak tentang kau.
Manja aku.
Mengada aku.
Gedik aku.
Cengeng aku.
Baran aku.
Merajuk aku.
Emo aku.
PMS aku.
Semua kau dah rasa dan kau tahan dengannya sampai sekarang.
Aku tak rasa ada orang lain yang boleh tahan bagaimana kau tahan.

Cinta,
Baik dan buruk aku semua kau dah nampak.
Hitam dan putih aku semua aku dah tunjuk.
Dan kau
Masih setia di sisi aku.

Cinta,
Utuhnya kau di sisi aku tatkala aku sudah lukakan hati kau.
Ini kali yang kedua.
Aku minta maaf sayang.
Aku janji ini kali yang terakhir air matamu jatuh.
Peluang terakhir ini,
Aku akan gunakan sebaiknya.

Cinta,
Aku taknak hilang kau.
Kalau aku hilang kau,
Siapa lagi tempat aku bermanja?
Siapa lagi tempat aku mengada?
Siapa lagi tempat aku bergossip?
Siapa lagi tempat aku menangis?
Siapa lagi tempat aku merengek?
Siapa lagi yang boleh bawa aku jalan sana sini?
Siapa lagi yang boleh bawa makan sana sini?
Siapa lagi yang boleh nak bawa aku makan lewat malam?
Siapa lagi yang boleh delivery ice cream pukul 12 malam?
Kau je cinta.
Kau je yang sanggup.
Aku taknak hilang my better half.

Cinta,
Percayalah hanya kau di hati.
Aku akan setia.
Aku akan jaga iman aku.
Aku akan jaga hati aku.
Aku akan jaga diri aku.
Begitu juga kau ye?
Kita capai apa yang perlu.
Aku tunggu kau dan kau juga ya?
Sampai masa kita bina masjid kita ya?
Terima kasih cinta.
Saranghae <3