05 June, 2013

Majulah!

*Yes, I do!*

Assalamualaikum. Hi, comelnya husband kita atas tu. Ihik ihik, Niall Horan my love. I love you. Hee, wawa laa ni ajar gua minat 1D ni. Sekarang gua ni derekshener lol

Lagi berapa hari je nak sekolah. Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin. Uish, kejapnya. Ni pun dah pukul 8.40pm lol duh gua malas nak sekolah. Seriously. 

Pernah aku terfikir, asal aku pergi sekolah? Sebab nak belajar? Sebab nak berjaya? Sebab nak peroleh seteret A? Sebab nak capai cecita aku? Oh lupa, aku manada cecita. Sejak aku tingktan 2, aku takde cecita. Before tu cecita aku nak jadi doktor. Doktor k doktor. But sejak mak aku cakap, "Nanti masuk TTJ, senang" Aku dah macam, punah harapanku :( Dah mask TTJ takkan jadi doktor biol kepe. Jadi Arkitek lah atau yang sewaktu dengannya. Aku selama ni pergi sekolah sebab nak jumpa kekawan, nak jumpa crush and sebab terpaksa. Hm teruknya aku. Takpernah sekalipun aku pasang niat nak belajar. 

Ya Allah! Apa nak jadi kau ni Lydiea Aura! Tahun depan nak SPM. SPM tahu?!?! Penentu masa depan kau! Penentu apa kau jadi nanti! Kau sibuk Twitter, Twitter, Twitter je hehari! Buku tu haram jadah kau nak pegang time cuti kan? Apa kena kau ni haa? Apa best sangat Twitter tu! Formative test ritu pun tak cecah 5A. Ada angan nak dapat seteret A time SPM. Ludah sanalah. Kau tahu kau lemah pelbagai subjek tapi tengok kau sekarang. Masih lagi duduk menghadap laptop mendengar lagu 1D yang tiada faedahnya. 

Bangkitlah Lydiea Aura. Pandang ke hadapan. Perjalananmu masih jauh. Banyak lagi belum dicapai. Lupakanlah segala laman sosial dan Niall Horan kau tu. SPM lebih penting. Oh lupakan jejaka-jejaka yang kau minati ya. Fokus untuk membanggakan ibu bapa, guru dan diri sendiri. Jangan lagi tidur dalam kelas! Jangan lagi malu bertanya! Jangan lagi malas siapkan homework! Buat semua yang cikgu beri, jangan malas. Maju ke hadapan. Dalam meniti arus kemodenisasi ini, sudah banyak pelajar pintar yang lahir. Itu semua atas usaha dan kerajinan mereka. Apa kau tidak cemburu? Aku yakin kau cemburu. Jika begitu, bangkitlah! Berubahlah sayang. Jadi pelajar cemerlang. Jangan jadi pelajar yang dikenali kerana paras rupa yang menarik, jadilah pelajar yang dikenali kerana kepintaranmu.

Assalamualaikum xo

p/s : Pocoyo, terimakasih.