18 December, 2012

Gementar.


Assalamualaikum.
Sejak dua menjak ini, awan sering menanges.
Melepaskan tangisnya disini.
Begitu juga hatiku.
Hatiku menanges.
Hatiku tidak tenang.
Hatiku terasa kelam kabut.
Hatiku gementar.

Ini semua gara gara 19 Disember 202.
Hari yang paling digeruni.
Hari yang paling mendebarkan.
Hari yang paling dinanti nantikan.
Hari yang paling ditakuti.

Hari untuk menetukan sejauh mana kebijaksanaan kami.
Hari untuk menanges.
Sama ada tangisan kegembiraan.
Mahupun tangisan kesedihan.
Semuanya akan berlaku esok.
Ye.
Esok.
Hanya tinggal  beberapa jam sahaja lagi sebelum menjelang 19 Disember 2012.

Ya Allah.
Semoga esok menjadi hari yang paling bahagia bagi diriku.
Semoga airmata yang keluar ini ialah airmata kegembiraan.
Semoga keputusanku esok dapat membanggakan ibu dan bapaku.
Juga pengetua sekaligus mengharumkan nama sekolah.

Aku dan semua batch97 mengharapkan deretan A di dalam slip masing masing.
Jika tiada rezeki, deretan A yang diburukkan dengan satu B pun sudah mencukupi bagiku.
Tidak mahu terlalu berharap.
Tidak mahu terlalu yakin.
Kelak merana.
Kelak menanges sedih.

Sampai disini sahaja entryku.
Assalamualaikum.