19 December, 2012

Alhamdulillah :')


Assalamualaikum.
Semalam.
Tarikh.
Yang.
Paling.
Ku geruni.
Ku takuti.
Ku risaukan.

Akhirnya aku berjaya menempuh hari tersebut.
Hari penuh bermakna.
Hari penuh dengan tangisan kegembiraan dan kesedihan.

19 Disember 2012.
Har penentuan di mana aku pada masa akan datang.
Bermula dengan ucapan Pengetua Cemerlang tentang graf PMR tahun ini.
Seramai 17orang mendapat 8A.
Seramai 13orang memperoleh 7A.
Aku amat berharap aku akan tergolong dalam kumpulan tersebut.
Namun, bukan rezekiku.

Namaku tidak disebut oleh Pengerusi Majlis.
Tatkala nama pelajar yang memperoleh 8A dan 7A habis disebut,
ku lihat wajah Ayahku.
Ku lihat wajah Ibuku.
Airmuka mereka amat kecewa.
Aku amat terkilan ketika itu.
Aku kecewa dengan diriku kerana aku tidak mampu membanggakan mereka.
Padahal aku yang beria-ria mengajak Ayah ke sekolahku.
Aku sendiri mengecewakan dia.
Aku teruk.
Aku tahu.

Ketika ingin mengambil keputusan di tangan Teacher Noli, hatiku berdebar.
Hatiku terasa ingin berhenti.
Ketika Teacher Noli ingin memberiku slip itu, tanganku menggigil.
Aku seperti ingin menanges.
Apa yang aku target ialah 3A dan berapa B atau C entah.
Slip di tanganku.

Ku lihat dengan lafaz Bismilahirahmannirahim...
Banyak A.
Ku kira abjad A-ku.
Aku memperoleh 5A!
Semua subjek yang aku dapat A ialah subjek yang aku lemah.
Apa yang paling membanggakan ialah subek Sains.
Aku memperoleh A.
Alhamdulillah.
Aku melompat memeluk Ras dan Anasuha juga Kak Fadh yang hadir semalam.

Dengan slip ditanganku, aku berjalan ke arah ibu dan ayahku.
Mereka melihat keputusanku dengan senyuman dan ucapan tahniah :')
Pengetua datang ke arah Ibuku dan berbual tentang keputusanku.
Pengetua memberi kata kata semangat.
Kami bergambar bersama! :D 

*comel bukan :p*