31 December, 2012

Tata 2012, Haihai 2013 :')


Assalamualaikum.
Harini.
1 Januari 2013.
Ye.
DUA RIBU TIGA BELAS

Masa terlalu pantas berputar.
Tidak kunikmati 2012 sepenuhnya.
2012 terasa pantas meninggalkan aku.
Kini 2012 melabuhkan tirai.
Segala kenangan pahit dan manis 2012 hanya menjadi kenangan buatku.
2012 banyak mengajar aku pelbagai benda sekaligus mematangkan diriku.
*Matang ke? :p*

2012 ialah tahun yang mencabar bagi diriku.
PMR menjadi keutamaanku.
Mencuba sedaya upaya untuk berjaya.
Tetapi takdir tidak menyebelahi.
8A tiada dalam genggamanku.
Aku redha dengan ketentuan Ilahi.

Aku rindu kenangan 2012.
Aku rindu 3RK1'12.
Aku rindu kawan sekelasku.
Aku rindu cikgu yang pernah mengajarku sepanjang aku menjadi budak RK.
Ustazah Noraida.
Cikgu Shikin.
Cikgu `Atikah.
Mama Jayy.
Teacher Noli.
Cikgu Noraini.
Cikgu Amnah.
Cikgu Zainap.
Cikgu Azizah.
Ramai lagi tetapi aku sudah lupa.
Semua cikgu ini akan kurindui.

2013.
Aku melangkah ke tahap yang lebih tinggi.
Lebih banyak subjek.
Subjek yang mencabar mindaku.
Yang paling penting, subjek Sejarah WAJIB lulus.
Sejarah.
Subjek yang paling aku taksuka.
Aku suka tidur waktu Sejarah, nyaman dan sepi serta lena.
Jika tidak tidur, mengira bilangan "EA" pun buatku gembira xD

Tingkatan 4.
Aku sudah besar.
Tolong jadi matang Lydiea.
Kau berumur 16 tahun sekarang walaupun hakikatnya kau masih berumur 15 tahun.
Kau harus terima kenyataan kau bukan sekelas dengan Ras lagi.
Kau tidak akan duduk di sebelah Ras lagi dalam kelas.
Kau takkan dengar Ras menyanyi lagi dalam kelas.
Kau akan belajar hidup dalam kelas tanpa dia :')

Last but not least, I'll miss 2012 so bad :')

                  


19 December, 2012

Alhamdulillah :')


Assalamualaikum.
Semalam.
Tarikh.
Yang.
Paling.
Ku geruni.
Ku takuti.
Ku risaukan.

Akhirnya aku berjaya menempuh hari tersebut.
Hari penuh bermakna.
Hari penuh dengan tangisan kegembiraan dan kesedihan.

19 Disember 2012.
Har penentuan di mana aku pada masa akan datang.
Bermula dengan ucapan Pengetua Cemerlang tentang graf PMR tahun ini.
Seramai 17orang mendapat 8A.
Seramai 13orang memperoleh 7A.
Aku amat berharap aku akan tergolong dalam kumpulan tersebut.
Namun, bukan rezekiku.

Namaku tidak disebut oleh Pengerusi Majlis.
Tatkala nama pelajar yang memperoleh 8A dan 7A habis disebut,
ku lihat wajah Ayahku.
Ku lihat wajah Ibuku.
Airmuka mereka amat kecewa.
Aku amat terkilan ketika itu.
Aku kecewa dengan diriku kerana aku tidak mampu membanggakan mereka.
Padahal aku yang beria-ria mengajak Ayah ke sekolahku.
Aku sendiri mengecewakan dia.
Aku teruk.
Aku tahu.

Ketika ingin mengambil keputusan di tangan Teacher Noli, hatiku berdebar.
Hatiku terasa ingin berhenti.
Ketika Teacher Noli ingin memberiku slip itu, tanganku menggigil.
Aku seperti ingin menanges.
Apa yang aku target ialah 3A dan berapa B atau C entah.
Slip di tanganku.

Ku lihat dengan lafaz Bismilahirahmannirahim...
Banyak A.
Ku kira abjad A-ku.
Aku memperoleh 5A!
Semua subjek yang aku dapat A ialah subjek yang aku lemah.
Apa yang paling membanggakan ialah subek Sains.
Aku memperoleh A.
Alhamdulillah.
Aku melompat memeluk Ras dan Anasuha juga Kak Fadh yang hadir semalam.

Dengan slip ditanganku, aku berjalan ke arah ibu dan ayahku.
Mereka melihat keputusanku dengan senyuman dan ucapan tahniah :')
Pengetua datang ke arah Ibuku dan berbual tentang keputusanku.
Pengetua memberi kata kata semangat.
Kami bergambar bersama! :D 

*comel bukan :p*


18 December, 2012

Gementar.


Assalamualaikum.
Sejak dua menjak ini, awan sering menanges.
Melepaskan tangisnya disini.
Begitu juga hatiku.
Hatiku menanges.
Hatiku tidak tenang.
Hatiku terasa kelam kabut.
Hatiku gementar.

Ini semua gara gara 19 Disember 202.
Hari yang paling digeruni.
Hari yang paling mendebarkan.
Hari yang paling dinanti nantikan.
Hari yang paling ditakuti.

Hari untuk menetukan sejauh mana kebijaksanaan kami.
Hari untuk menanges.
Sama ada tangisan kegembiraan.
Mahupun tangisan kesedihan.
Semuanya akan berlaku esok.
Ye.
Esok.
Hanya tinggal  beberapa jam sahaja lagi sebelum menjelang 19 Disember 2012.

Ya Allah.
Semoga esok menjadi hari yang paling bahagia bagi diriku.
Semoga airmata yang keluar ini ialah airmata kegembiraan.
Semoga keputusanku esok dapat membanggakan ibu dan bapaku.
Juga pengetua sekaligus mengharumkan nama sekolah.

Aku dan semua batch97 mengharapkan deretan A di dalam slip masing masing.
Jika tiada rezeki, deretan A yang diburukkan dengan satu B pun sudah mencukupi bagiku.
Tidak mahu terlalu berharap.
Tidak mahu terlalu yakin.
Kelak merana.
Kelak menanges sedih.

Sampai disini sahaja entryku.
Assalamualaikum.