30 March, 2018

Hari lahir yang indah buat awak ♡

Assalamualaikum ~ Lama rasanya tak blogging. Sebab tak teringat pun ada blog. Malam ni baru ingat. Sekarang 0034 bertarikh 31 Mac 2018. Aku sekarang dekat homestay area Kluang. Aku tengah menanti saat esok tiba. Saat yang paling aku tunggu tunggu πŸ™ˆ

Benda ni aku dah plan dari awal bulan 3 haritu. Tapi asyik tak jadi dan aku percaya ada hikmah kenapa semua ni berlaku. Sebab benda baik akan jadi. Aku sabar je bila plan asyik tak jadi, 3 kali kot. Finally here I am! In Kluang! 

Reasons why I'm here? Planned to surprise my Mr. Fiancee! ♡ His birthday was on 28th of March but it was on Wednesday :( Which I can't made it on time. So kawan dia dah plan dengan aku untuk surprise dia but a liltle bit late. On his birthday, aku tak wish properly pun. Tak jadi orang pertama pun! Then wish time otp je. Tu pun acuh tak acuh. Seriously! I'm sorry Mr. Fiancee! 

Aku harap sangat plan kalini menjadi! Aku datang jauh dari Seremban just for him. Weh tak pernah weh aku buat macam ni. Hahahahahaha! Aku taktahu kenapa but it didn't burden me at all. When it comes to him, everything gonna be okay for me. Will update soon how the surprise goes! (kalau ingat lah kat blog ni! :p)

Aku bersyukur sangat sangat kot yang Allah temukan aku dengan dia. Allah hadirkan seorang lelaki yang teramat baik untuk aku. Allah hadirkan seorang lelaki yang boleh bimbing aku 1 hari nanti. InsyaAllah. Semoga Allah permudahkan semua urusan kami dunia akhirat. Semoga Allah permudahkan urusan aku esok dan semuanya menjadi! ♡

Weh semoga dia jodoh aku sampai bila bila! ♡♡♡

Love,
Aura ♡

18 May, 2017

AH

Assalamualaikum. 

Entry harini aku nak cerita pasal one of my best friend kat teknik dulu lah. Okay, dulu aku ada satu best friend ni which is my classmates. Dia lelaki. Nama dia rahsia, let's just call him AH je eh? Dia ni orang Meru, Klang. Dia ni takde lah best friend mana but! Still aku consider dia as my best friend. Weh, rindu gila kat dia! Aku nak post pasal ni pun sebab tetibe rindu dulu dulu. 

Dia ni pandai weh even macam pemalas. Dia suka sangat cakap benda merepek. Lepas tu dalam kelas selalu lepak dengan aku. Aku duduk belakang sekali bawah kipas. If cikgu takde or what, dia selalu datang lepak kat tempat aku. Start rapat time form 5 tak silap. Dia ni kan selalu buka beg aku sesuka hati dia tau. Sebabnya apa tahu? Nak amik makanan dalam beg aku tu. Selalu pau biskut aku and semua makanan lah. Tanpa bersalah je dia buka beg aku. Aku tak kisah pun sebab dah biasa kan dengan dia. Dia selalu juga layan aku menggila, menyanyi. Dia suka nyanyi kat aku tibe tibe. Suka kenakan orang. Kalau orang kacau aku, dia marah. Aku gelak weh type post ni sebab rindu gila. 

Selfie buruk buruk, menyanyi tak ingat dunia, semua tu selalu aku buat depan dia. Aku juga yang selalu kejut dia bangun tidur petang hahahah dia selalu weh tidur dalam kelas. Then kalau time cuti sekolah je mesti dia text aku. Text apa tah aku pun tak ingat tapi mesti punya. Hahahahah, rindu siot. 

Ada ke dia pernah tipu aku kata dia nak pindah. Weh, mahu tak banjir aku? Bodoh betul hahahahaha. Tahun depan nya tak pindah pun. Taik! Hahahahaha. Weh, rindu lah. Rindu nak tengok dia jadi bodoh, dia nyanyi takde intonasi, cakap dia tu taiko. Dia selalu kata, "Eh, Lydiea aku jumpa ni dalam beg kau" Nanti aku akan gelak & cakap, "Amik jelah, memang bawa untuk kau" Hahahah weh aku tak penah rasa nak marah dia. Hm, rindu. InsyaAllah nanti jumpa eh. Sayang kau!

02 March, 2017

Lebih matang

Assalamualaikum. Mungkin entry kalini lain sikit dari entry sebelum-sebelum ni. Entry kalini rasa macam nak type panjang-panjang macam karangan. Mood lain macam pula malam ni. Okay, entry kalini isi dia sama je macam entry before this. Blog ni memang diwujudkan untuk cinta I tu. 

I sangat-sangat appreciate dia. I tak tahu kenapa aku buta selama ni. Kenapa I tak hargai dia. I menyesal dan sedih dengan diri I sendiri right now. Selama ni, I admit memang I tak matang. Tak matang in everything. Tak matang in handling myself. Tak matang in handling my relationship. Sampai benda kecil jadi gaduh, most of the time! I mean like, reply lambat pun boleh jadi hal besar untuk I. 

Long short story, kiteorang ada gaduh kejap haritu. Hampir sebulan juga hold the relationship. Masa yang agak lama juga lah. Boleh tahan meroyan juga lah I in first two weeks tu. Tapi slowly, I cuba belajar macam mana nak handle myself. I try to understand why this things happened and why dia jadi macam tu. I fikir positive and tahan diri I dari meroyan dekat dia lagi. Sakit juga lah rasa. Sumpah sakit. 

Admit that he is my first love cause bila dengan dia, I betul-betul rasa sakit kalau dia pergi. Before this, kalau ada orang nak pergi, then pergi lah. But dengan dia, I memang tak boleh lepaskan dia. I don't know why. I'm so in love like sincerely I do love him. Bukan sebab rupa atau apa tapi sebab attitude yang dia ada, the love that he spill out for me, the way he talked to me, the way he smiled to me, things in him yang orang lain takde. 

Okay ter describe dia pula, let's moving on. How I handle myself time tu? First week, so sakit. So sakit, tak tipu. The last message he sent, really broke my heart into pieces which I think that I may had lost him. I convince him in every way but the result still constant. Tapi I tak give up. I ni jenis yang takkan putus asa, selagi boleh, selagi nampak the chance, I akan try. I nangis a lot, I tengok our pictures and our videos banyak kali. Banyak kali I tanya BFF I whether dia ni nak dengan I lagi or tak sebab if dia nak break up, I redha dah. Seriously time tu I macam dah redha gila, admit it was my mistake and kifarah happened kan? Yes, I'm judging myself for what I did in my past.

After a month macam tu tak contact, I macam dah okay je cause I dah biasakan diri with the situation. So, sebabkan I taknak fikirkan sangat dia and nak happy kan diri. I ajak BFF I keluar and have some fun. I keluar malam, pergi have fun. I takde pun bagitahu dia apa-apa cause I think that maybe dia taknak ambil tahu lagi pasal I. But I'm wrong. Balik tu, I got a message from him on Telegram. Dia tahu I keluar malam tu. Then, dia minta I contact dia thru Telegram je if anything and DO TELL HIM BEFORE I GO OUT. 

Start from that day, I try to convince him after dalam 3 weeks I buat tak tahu dekat dia. Alhamdulillah, things went very very very well. I feel like baru bercinta semula. I feel the love sampai sekarang. He treats me well, macam dulu. I doa that's the last time I gaduh teruk macam tu dengan dia. I can't avoid pergaduhan but I wish I can control my emotion later bila ada gaduh. But for the time being, memang dia dengan I seboleh-bolehnya elakkan bergaduh. Right now, the best thing I boleh fikir to do is, I cuba pendam anything and jangan timbulkan pergaduhan. Just remind him je. 

That's all I nak bebel harini. Puas rasanya dapat luah macam-macam. Anyway, happy 17th and 518 days sayang! Saya sayangkan awak keranaNya <3

22 January, 2017

Insyaallah

Assalamualaikum

Lama dah tak update blog
Anyway selamat hari ke-479!

Menjalani hari-hari hingga ke hari-479 ni bukannya sesuatu yang mudah
Banyak benda kau kena rasa
Kau kena rasa
Betapa peritnya
Betapa sakitnya
Sesuatu yang bernama
Cinta

Dengan dia ni
Bukan macam orang lain
Dia lain
Lain sangat-sangat

Aku sendiri tak tahu dan keliru
Macam mana aku boleh bertahan sampai sekarang
Orang nampak kami bahagia je setiap masa
Tapi hakikatnya tak pun
Aku selalu dihujani air mata
Mungkin aku terlalu emosi
Sekarang aku sudah bijak mengawal emosi

Apa yang aku takut dalam hubungan ni
Aku takut dia berubah hati
Aku takut dia tawar hati
Aku takut kehilangan dia

Tapi apa guna
Kalau aku je yang rasa benda tu
Tapi dia tak rasa pun

Apa pun yang bakal terjadi
Aku akan cuba lakar kenangan manis antara kami
Aku sayangkan dia
Aku sentiasa doakan kita berdua

19 November, 2016

415♡

Assalamualaikum 

Hi sayang
Sudah hari ke-415 rupanya kita
Last aku hitung kita sudah hari ke-366

Sayang
Terima kasih
Untuk semuanya
Mungkin sudah lali kau dengar
Tapi aku tetap ingin beritahu juga

Sayang
Untuk menjangkau hari ini
Bukannya mudah untuk aku
Aku mengaku itu
Terlalu banyak harus aku harungi dan hadapi
Aku tak tahu lah kenapa
Sampai ke hubungan dengan kau
Aku jadi kuat
Aku defend relay ni gila-gila
Aku tak tahu kenapa

Sayang
Apa pun aku bersyukur punya kau
Kau jejaka terbaik aku
Aku sayangkan engkau tau!
Jaga diri dan hati untuk aku πŸ’ž

16 September, 2016

Cinta, ini kali sudah yang ke sebelas.

Assalamualaikum

Cinta, 
Harini genap 353 hari kita bersama.
Aku hitung setiap detik kita bersama.
Kerana bagi aku, kau cukup istimewa.

Cinta,
Ketahuilah tiada yang lagi istimewa dari kau di luar sana.
Berilah yang kau rasa paling sempurna,
Tetap kau pilihanku.
Kerana kau yang paling sempurna.

Cinta,
Aku akan terus berusaha untuk berada di sisi kau dan pastikan kau juga milikku.
Aku dah taknak orang lain.
Aku tahu aku tak akan dapat yang sebaik kau.

Cinta,
Ya.
Mungkin kau jarang whatsapp aku.
Mungkin kau jarang call aku.
Tapi,
Ada benda yang semua orang tak nampak tentang kau.
Manja aku.
Mengada aku.
Gedik aku.
Cengeng aku.
Baran aku.
Merajuk aku.
Emo aku.
PMS aku.
Semua kau dah rasa dan kau tahan dengannya sampai sekarang.
Aku tak rasa ada orang lain yang boleh tahan bagaimana kau tahan.

Cinta,
Baik dan buruk aku semua kau dah nampak.
Hitam dan putih aku semua aku dah tunjuk.
Dan kau
Masih setia di sisi aku.

Cinta,
Utuhnya kau di sisi aku tatkala aku sudah lukakan hati kau.
Ini kali yang kedua.
Aku minta maaf sayang.
Aku janji ini kali yang terakhir air matamu jatuh.
Peluang terakhir ini,
Aku akan gunakan sebaiknya.

Cinta,
Aku taknak hilang kau.
Kalau aku hilang kau,
Siapa lagi tempat aku bermanja?
Siapa lagi tempat aku mengada?
Siapa lagi tempat aku bergossip?
Siapa lagi tempat aku menangis?
Siapa lagi tempat aku merengek?
Siapa lagi yang boleh bawa aku jalan sana sini?
Siapa lagi yang boleh bawa makan sana sini?
Siapa lagi yang boleh nak bawa aku makan lewat malam?
Siapa lagi yang boleh delivery ice cream pukul 12 malam?
Kau je cinta.
Kau je yang sanggup.
Aku taknak hilang my better half.

Cinta,
Percayalah hanya kau di hati.
Aku akan setia.
Aku akan jaga iman aku.
Aku akan jaga hati aku.
Aku akan jaga diri aku.
Begitu juga kau ye?
Kita capai apa yang perlu.
Aku tunggu kau dan kau juga ya?
Sampai masa kita bina masjid kita ya?
Terima kasih cinta.
Saranghae <3

01 November, 2015

One ♥



Assalamualaikum

Hai jejaka kegemaran,
Hari ini satu haribulan.
Sudah genap satu bulan kita bersama.

Jejaka,
30 hari bersama kau sangat mewarnai hidup aku.
Terima kasih sayang.

Walaupun baru satu bulan bersama,
Tapi aku rasa macam dah lama bersama dengan kau.
Entah kenapa.
Mungkin sebab dah 4 bulan kita kenal.

Kesayanganku,
Terima kasih untuk semuanya.
Aku bersyukur sangat dapat jumpa kau
Dapat kenal kau
Dan paling aku bersyukur,
Aku dapat memiliki kau.

Sayangku,
Kadang kadang aku terfikir
Apa kau nampak dekat aku?
Apa yang menariknya dekat aku?
Apa istimewanya aku?

Nak kata aku cantik,
Make up pun tak reti
Nak kata aku lawa,
Dress up pun tak pandai

Langsung apa yang kau nampak dekat aku?
Sehingga kau beria nak kan aku
Sehingga kau sanggup tunggu aku
Apa pun, mungkin ada yang menariknya aku ni di mata kau, kan?

Awak,
No matter how people try to destroy our relay,
No matter ramai mana yang dengki dengan relay kita,
Please be strong for us eh?
Please,
I love you so much.
I need you for the entire of my life

Sayang,
Thanks tau for the whole day yesterday.
A day with you will never enough.
24 hours will never enough.
I need forever with you.

My fav guy,
Please know that
I love you the most! ♥

21 October, 2015

PandaπŸΌπŸ’•

Assalamualaikum

Aku terlalu gembira dan bersyukur dengan kehidupanku kini
Aku gembira di samping kau
Sangat gembira

Ya
Perempuan sangat dahagakan perhatian dan kasih sayang yang tiada bandingnya
Perempuan memang sangat manja karna itu dia harus kau belai

Sayang,
Please know that I love you more than you know
I love you more than everything
I need you πŸ˜”

Sayang,
Dont leave me tau?
Because I wont
I will stay by your side forever
I promise

Sayang,
Im so thankful to have you around
Im so glad to be yours
Im so happy that youre mine

Sayang,
I love youπŸ’•

31 July, 2015

Enam


Assalamualaikum

Aku minta maaf.
Aku taktau kenapa dengan aku harini.
Kesian kau.
Terpaksa melayan karenah tah pape aku ni.
Tapi kau tetap sabar, terus melayan aku.
Aku bukan apa, aku cuma nak tengok
Sampai bila kau boleh bersabar.

Februari
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Dan seterusnya Ogos.
Kau hitung lah.
Berapa bulan dah kita kenal.
Aku bersyukur dapat kenal kau.
Kau jela yang tahan dengan aku.
Kau jela yang bersabar dengan aku.
Kau jela yang nak pujuk aku.

Tapi aku ni je, tak reti bersyukur.
Selalu sakitkan hati kau.
Selalu buat kau marah.
Selalu buat kau sedih.
Tapi kau
Tak pernah buat aku sedih.
Kalau boleh, kau nak aku sentiasa gembira.
Kau tak boleh tengok aku sedih, nanti kau rasa bersalah.

Aku bukan apa
Kadang aku nak manja
Kadang aku nak jugak tengok kau macam mana
Dapat ke bertahan dengan aku
Dengan perangai badmood aku ni
Kau akan give up ke?
Aku harap tak.

Terima kasih untuk 6 bulan ni, jejaka kegemaran.

31 May, 2015

Perempuan

Assalamualaikum

Perempuan,
Hatinya lembut.

Perempuan,
Sekali sang lelaki bemulut manis,
Selamanya dia percaya.

Perempuan,
Walau macam mana sang lelaki abaikan dia,
Dia tetap setia menunggu.

Perempuan,
Berjuta kali disakiti sang lelaki,
Sayangnya pada sang lelaki tidak akan pudar.

Perempuan,
Walau dicurangi sang lelaki,
Dia tetap memaafkan.

Perempuan,
Dia ikutkan kehendak sang lelaki,
Meskipun hatinya punah.

Perempuan,
Rindunya pada sang lelaki tidak pernah diungkap dengan kata-kata
Tetapi dengan air mata.

Perempuan,
Walau ditinggalkan sang lelaki,
Sayangnya, cintanya pada sang lelaki tetap akan ada walau seribu tahun lagi.

Perempuan,
Bodoh.
Sebab serahkan jiwa, raga & hati pada sang lelaki yang tidak berguna.

Ramai perempuan kini,
Makin lemas dalam lautan cinta manusia.
Walhal dia boleh berenang dengan tenang dalam cinta Sang Ilahi.

29 March, 2015

Bulan


Assalamualaikum
 
Dulu
Time sekolah sekolah
Masatu malam
Masatu lepas prep
Masatu kita jalan berdua
Masatu bulan sangat indah
Dan masatu jugak kau cakap
 
"Weh bulan jadi saksi persahabatan kita tau"
"No matter what, kau jgn tinggalkan aku tau"
 
Tapi kau lihat
Kau lihatlah harini
Siapa yang tinggalkan siapa
 
Sejujurnya aku penatlah
Aku penat nak terkejar-kejar kau
 
Oh aku ingat satu ayat yang kawan aku pernah cakap
Kawan aku cakap kau tak pernah anggap aku kawan baik kau
Lantas apa erti berjanji di bawah bulan purnama itu?
 
Sekarang ni bagi aku
Lantak engkau lah
Nak tegur aku, tegur
Kalau taknak, sudah

25 March, 2015

Whatsapp


Assalamualaikum
 
"Hi guyss, I bosan la"
*Read*
"Yela da read taknak reply"
*Read*
 
"Siapa bosan?"
"Aku!!"
*Read*
 
"Korang suka number berapa?"
"Aku suka 7!"
*Read*
 
"Guys, doakan aku dpt sambung belajar tau"
"Korang korang tau tak ipg keluar bila?"
"Dorang kata dah boleh check"
*Abaikan messages aku*
 
Mostly those things happened to me.
& Im so pissed off with those whatsapp groups.
Kalau dah taknak borak dgn aku,
Remove jela bodoh.
 
Ini semua boleh pergi mampus.

11 March, 2015

Ya


Assalamualaikum
 
Penatkan kejar orang
Penatkan terhegeh dekat orang
Rasa macam bodoh sangat
Rasa macam ugh
 
Kata orang
"Nak cari kawan senang tapi nak cari sahabat susah"
 
Tapi aku ni
Nak cari kawan pun susah
Aku yang kena terhegeh sana sini
 
I used to please ppl but now no more

Tah


Assalamualaikum
 
Tak sabarnya nak sambung belajar
Lepu gila siot duduk rumah
Math f5 pun nak nangis tengok
Math f5 ibarat addmath dah
 
Nak sambung belajar cecepat
Nak kejar cita cita
Nak graduate
Nak ada atas pentas
 
Dulu dekat sekolah
Mana merasa naik pentas

Hbiltacmk


Assalamualaikum
 
Hitam
Hitamnya blog ni
Tapi takpe
Aku rasa cantik je
Kau tak rasa camtu ke?
Mampos
 
Black is just too perfect for me rn

10 June, 2014

izatul munira:D

Assalamualakum! wah macam dah lama je tak update blog ni hehehe. memang pon lama sebab dah la duduk asrama then laptop pulak buat hal eeeeee sabar jela :p so today is ten june hehehe. kita pergi keluar jumpa izatul munira! kawan yang dikenali di laman sosial twitter hehehe. ala takleh masuk gambar lak hehe takape nanti aku upload, InsyaAlllah :) so tadi jumpa macam memalu at first hehehe but we had such a greeeeaaaaaattttt time yay :D i wish i can turnback and have it again hehehe kalau boleh bohhhh. mygawd dia lawa asdfghjkl jealous hehehehe. so we had satu gelang rock hehehe aku anggap cam gelang persahabatan jela :) sebab dia ada, aku pon ada. oh kiteorg pon snap dkt machine korea tu hehehe aku akan letak dekat cermin locker, janji ceh :p hurmz nak balik asrama dah. eton, kau jaga diri jangan lupa aku, aku sayang kau janji hehehehe:)))

27 March, 2014

Stadians day out!:D







Assalamualaikum. Hi. Alhamdulillah, I got the happiness again. Alhamdulillah. Finally, I felt the happiness. Haih, credit to all in the gambar hehe. Without all of you, maybe I'll not reached the happiness hehe. You're all my diamonds that shine my day. Oh, how I really love you all.

Hehehehe actually yesterday keluar dengan Annsue & Farisah je. Jalan naik atas semua, then Annsue ni bising lapar la apo la, merengek. Hahahaha bawak dia turun. Pergi McD. Ramai naa, keluar McD nampak Safwan, Amirul, Syamir, Neesantha and all the boys haha. Jumpa semua, ya Allah sumpah rindu! Rindu sangat dengan dorang. Rindu gila, haih. Cant explain with word how I miss them so much :') Allah je tahu betapa rindunya aku dkt dorang :'):')

Then Amirul memang kuat drop laa kan. Dia cakap, "Eh Lydiea! Dah tinggi sia. Dulu kecik je, aku kena tunduk nak borak hahaha" "Kuaja" "Betul bhai amboi skrg takyah tunduk dah" Hahahahaha, tapi tak sedih pun malah happy sebab lama tak jumpa! Dekat sana manada nak cakap camni. Dekat stad je haih. Rindu!

Korang,
Aku rindu korang sangat sangat. SANGAT SANGAT. Capslock tu, rindu sangat tau hahaha. Dapat jumpa semalam secara tak dirancang lagi menggembirakan tahu takkkkkkk! Ya Allah, rindunya. Nak je peluk, tapi korang tu lelaki takkan nak peluk. Hahahaha, yang penting happy. Too many selfies in ur phne haha so kalau rindu mohon tengok kahkahkah xP Rindu! I love you all so much ok STADians!!!!:D

Nah! Paling rindu Annsue dngan Amirul! :D:D:D:D:D:D:D

p/s: stad is the best, i love you.

09 December, 2013

Memories;>

Assalamualaikum.hi lama tak update blog ni right?hahahaha cs im fcking lazyyyyyyyyyyyyyyyy to update it.hahaha lazy me.lazy lydiea we got here.aha merepek yo laa eh.2013 da nak habis.well today is,09122013.wow,dah nak start sekolah.oh bitch,homework belum siap&im still here.hahahahaha so lzayyyyyyyyyyyyy.yep im lazy.aih,macam mana nak amik spm if ure so lazy like diz lydiea?haih,how to archieve 10A+?haih,u got many G u know final haritu.hahaha,i cant even count my G's!hahahahaha just kidding!lewls,im fcking bored.i just miss 2013 very much.i swear no lie!rindunya time dekat asrama.tons of fun,i swear!

ingat lagi time hari apatah,satu dorm tak pergi prep.err cat its not satu dorm,but 3/4 hahaha.so bad,me iz bad.last last kantoi,haaa amik kau kena marah.hahaha.ingat lagi aku menyorok dalam locker&ecaa my sayang tu menyorok bawah katil:3 hahaha menyorok pun kantoi jugakk,sepandai pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah jua.hahaha.then kena denda hurr~ kiteorang kena cuci longkang.hahaha aku nak cuci?takdo do.aku buat sikit je,hahaha.see lazyyyyy me!herherher~ dah habis cuci,kiteorang gossip dengan kakak sarah.hehehe g0sS1p gUrL!hurhurhur~ then apalagi eh?em letz rmmbr.oh kiteorang sama sama pergi kantin banyak banyak banyak kali sebab nak charge battery fon yg keep draining non-stop.hahaha.ada satu malam prep tu,time tengah charge ada hamba hamba Allah ((hamba hamba cs ada ramai)) yang datang&mulut serupa longkang meh.hm kesian mieza,dia kena macam macam&sejak benda tu,lagi kiteorg berani.hahaha.bawak keluar fon,bukak pintu dorm luas luas,tunjuk fon.hahahaha jahatnya kiteorg.

ecaa iz my bestf!i swearrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr she's crazyyyyy&i love her!sama sama bangun lambat,mandi lambat,pergi breakfast lambat&pergi assembly lambat.ada ke satu hari tu,kiteorg skip assembly cs dah lambat gila.sumpah dah lambat.oh ada miyun sekali hehehe.keluar je dm,dah krik krik."caa,assembly dah start ke?" "yelakot" kiteorg pun jalan jela nak pegi tapak assembly tu.haa amik kau,cikgu tengah berucap.patah balik,berlari masuk tandas.menyorok jap.pastu keluar jap nampak ramai budak laki.pehhhh,gang gang gua!hahahaha,ramai bhaii budak laki.pastu plan nak keluar cs ingat assembly dah habis.keluar krik krik lagi.haa kiteorg lari pergi tandas bilik lk.menyorok kejap,snap snap.hahaha kenangan skip assembly.hahaha puii sikit!pastu kiteorg patah balik masuk tandas dm.tengok budak laki berlari.haa kantoi la tu.we assembly tu lama gila bapak,i swear!haizzz.pastu kiteorg keluar sebab dah habis hehehe.jumpa amoi&aku pun pergi kelas.pastu nampak budak laki ramai gilaaa kena tahan.hahaha kantoi!pandang kiterog tak puas hati sebab tak kantoi.yayzers!hahaha mission accomplished lydiea,ecaa&miyun!

p/s:banyak lagi but im too tired la nak type,hahaha.nvm i'll update sooooon!pis no wor!!!!!:D

17 November, 2013

It just....


Assalamualaikum. Maaf lama tak update. Computer rosak takleh on huhuhu. Pak sadlife aku ni. Hehehehe. Harini dah 17112013, birthday Eg. Bro, Happy Birthday! Forever love you! Hehehe acah sweet je aku huahuahua. 

Exam dah habis, sekolah dah habis, zaman junior dah habis, zaman kena regging dah habis, yey! Hahaha finally meh! Result exam memang hancur&cnfrm kena reset. Lek je, hahaha. 97's, nanti kita reset ramai ramai ya sayang! Hahahaha. 

Many things happened since the first time I became one of TJTI-ians. Kenangan manis&pahit banyak tak terkira. Awal awal kena physcho memang down. Hahaha maklumlah tak biasa lagi. Lelama dah biasa hehehe. Crush baru memang ada. Salah faham dengan kawan kawan sampai gaduh. Buat dajal, buat hal. Hahaha semua tu aku dah lalui. Menjadi seorang Aspuri ni best rupanya hahaha. Kantoi tak pergi prep, prep dekat tempat lain&bnyk lagi. Haih how can I forget all this?

Banyak sangat kenangan dekat sini. Kawan baru. Kawan baik. Hm rindu gila dekat bestfriend aku sorang ni. Annoying, gila, kuajo dengan aku, suka drop aku, cengeng, baik dengan aku ((kadang kadang)), kuat pau aku&banyak lagi. Dia kata dia nak pindah. Luluh siot hati aku dengar. Mana tak. Kawan baik bhaii. Dia je satu satunya lelaki yang tahu aku ni annoying, kuat perasan, suka nyanyi even suara tak sedap, suka snap dengan silly face, ajet ajet&banyak lagi. Dia je yang tahu aku ni macam mana. Haih. Nak pindah katanya. Sedihhh last day haritu. Nak je nangis tapi disebabkan ego aku tinggi membukit, aku simpan hehehe. Kantoilah aku sedih hahaha. Nanti dia perasan huhuhuhuhu. Dah dah dekat sana nanti dont frgt me k. 

Last day of school memang majoriti akan menggembirakan. Hahaha. Last day of school for this 2013 is abselutely amazing ya knw! Hahahaha. I met my crush since January. Kiteorang jumpa&borak. Gelak gelak. Texting&otp. Lepas jumpa nak balik tu dia cakap, "Kau jaga diri tau. Jangan main mercun hahaha" Ye aku akan ingat hehehe. But now mana dia tah. Kuyak kot cs aku tak reply text dia 2 kali. Okay ni tak sengaja. Weh, sorry! Aku tak sengaja :/ Pls pls pls. Im sorry. Jangan merajuk dah. 

Friends. I met many ppl. TJTI taught me to stay strong&be brave. "Hati mesti mau kering" Hahahaha TJTI pun taught me many many new WEIRDO words such as kuyak, poie no, sayo, lopu, sado&many more new WEIRDO words.I used to it hahaha. Lopu lopu. Hahahaha. Well, I do love this school by now but ya still STAD forever!

p/s: On ur fon, check ur text&gv me a call. Okay? :)

03 August, 2013

Salam Lebaran! #rayaspirit


Assalamualaikum. Salam lebaran semua. Dah nak raya dah. Kejap je rasa. Tahun ni tahun pertama aku berpuasa dekat asrama. Seronok? Seronok sangat. 

Bangun sahur sesama. Pegi dm nak sahur sesama dengan muka yang mintak kaki. Dekat sekolah jerit sana sini, menyanyi sana sini, borak sana sini. Balik dorm, semua pengsan. Tidur nyenyak sampai pukul 6. Mandi, solat terus pegi dm amik makanan. Duduk dekat dm semua muka tak menyabo. "Bila nak azan" Hahahaha best sangat! Then baca doa sesama terus makan. "Nampak kau punya!" "Rakusnya makan!" "Alah dia dah habis makan :c" Antara ayat ayat yang famous dekat meja aku time berbuka. Hahahahaha :D

Tahun ni tahun paling mencabar doh untuk aku. Bermacam cabaran. Berat sangat aku nak pikul sebenarnya tapi apakan daya, aku harus kuat. Bulan puasa pun ada cabaran. Salah faham berlaku, ketidak puasan hatian semua & mengalirkan air mata demi seorang sahabat. Aku sudah lalui semua ini tahun ini. Mematangkan & menjadikan aku seorang yang kuat :') 

p/s : Budak hot add saya :))))))))))))))))